Assalamualaikum wbt
Nak tgk video dulu pon xpe, nak straight bace pon xpe...
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andai penulisan saya kali ini mengguris hati sesiapa yg membacanya. Ketahuilah bahawa tidak ada manusia yg perfect di dunia ini melainkan Nabi kita, Muhammad s.a.w. Saya hanyalah sekadar menjalankan amanah yg diberikan kepada sy sbg ketua lecture B, takut nanti Allah persoalkan kat akhirat nanti…
“Kamu melihat tapi apakah yg kamu lakukan untuk membetulkannya dengan kuasa”
So apa la yg saya nak jawab ngan Allah time tu….
Sekarang lecture cuma berbaki 2 minggu je lagi…Sebelum tu, apakah itu lecture? Apa yg saya paham lecture ialah proses di mana seorang guru/org alim menyampaikan ilmunya kepada orang2 yg mendengarnya…Kira mcm majlis ilmu jugak la…
Kalau mcm tu, practical pon mcm lecture jugak la coz ade tutorial??
Ye, betul…
Kat sini, university wajibkan kehadiran ke lecture??
X wajib pon, practical je yg wajb…
So what??
Xde la, Cuma nak ajak sahabat2 semua datang lecture, tinggal 2 minggu lagi, last tu untuk pre-clinical…xnak menyesal di kemudian hari…Lagi pon MARA dah bayar yuran 8000 USD tu termasuklah lecture n practical. So kalau x dtg lecture, rugi je la duit yg untuk lecture tu, baik bagi kat org lain yg lebih memerlukan kalau kita tidak gunakan dgn sebaiknya…
Jangan ingat x dtg lecture tu x study langsung!!!
Ok2, mana ade mcm tu, kita kene berbaik sangka sesama kita…Ade je certain subjek tu bace sendiri pon bole, even bila exam dpt high marks…kalah org yg dtg lecture, tp ingatlah, dalam hal ini org yg dtg lecture dgn hati yg ikhlas insya Allah lebih UNTUNG…
UNTUNG ape pulak ni???
Ade la….
Pre-clinical not interesting la, nanti clinical year siap la aku buat betul2!!!
Bagus la, ada wawasan…tp kalau dari skarang x berubah, agak susah la nak berubah di kemudian hari… Setiap yg kita lalui sekarang ni, ade relate yg masa lampau kita, dan setiap perbuatan kita pada masa sekarang ni, akan effect masa hadapan kita…
Letih r petang2, busy, byk keje la!!!
Semua org letih, semua org byk keje, semua org ade assignment….tp Prof or lecturer bersemangat je dtg petang2 nak bagi ilmu kat kita…sy nak tanya, penah x prof dye gabungkan dua lecture sekali (lecture A n B) time lecture pagi so that prof x payah susah2 nak dtg time petang untuk ajar mende yg sama…so patuhilah jadual lecture masing2…
Hang ni bajet bagus r tulis2 blog ni, lantak org la nak dtg lecture ke x!!!
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan”
Ar-Rahman…
-Yuran 8000 usd MARA siap bank-in kan, x payah susah2 nak pegang duit sebanyak tu pegi jumpe admin nak bayar yuran mcm kat sekolah rendah…
-Elaun bulanan, 420 usd
-Dpt menjadi medical student, ramai yg apply medic, tp x dpt
-Perjalanan ke lecture yg setakat ni Alhamdulillah selamat…x macam sahabat2 kita kat Palestin yg terpaksa melalui byk halangan untuk menuntut ilmu
-Kenderaan persendirian mahupun kenderaan awam
-Nikmat kesihatan….bersukan dan beriadah bole menyihatkan tubuh badan, so kalau betul sihat, pukul 8 pagi mesti dah ade kat dewan lecture, bukan masih hanyut dibuai mimpi, bukan usolli fardhu subhi rak’ataini qada’an…
So jom kita penuhkan dewan lecture 2 minggu yg last ni, biar kita berhimpit2, ukhuwah bukan sekadar di padang, ukhuwah juga dalam dewan lecture…
Yang baik itu daripada Allah swt, yang x baik adalah daripada kelemahan saya sbg hamba yg lemah…
p/s: kalau sy ade salah, bole komen kat bawah ni…chat box pon bole